Selasa, 4 Ogos 2015
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah
Kepantasan perubahan era teknologi maklumat menuntut kesinambungan inovasi yang lebih mantap dalam dunia pendidikan. Sebagai organisasi pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban (PPDS) akan berusaha agar terus releven dalam memastikan peranan warga PPDS tetap signifikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkinkan kecemerlangan negara.
Dalam proses penerapan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap warga PPDS perlu berkemahiran tinggi secara berterusan supaya sentiasa dapat mengimbangi keperluan perubahan maklumat dan pengetahuan yang pantas berkembang. Pihak pengurusan PPDS akan terus berusaha untuk meningkatkan kompetensi setiap warganya sama di peringkat sekolah mahupun di PPDS bagi memastikan bahawa ketrampilan ilmu mampu membina tekad dan kejituan semangat ke arah kecemerlangan organisasi.
Pembugaran Laman Web PPDS dengan konsep penampilan mantap yang memenuhi cita rasa serta mesra pelanggan diharapkan mampu menjadi medium perkongsian maklumat dalam usaha ke arah memperkasakan pengurusan pendidikan di semua peringkat. Dengan tekad menjadikan Laman Web PPDS terus gah dengan kepelbagaian peranan serta keluasan pautan, proses mengemas kini perlu diagendakan dengan teliti dan efektif.
Semoga usaha-usaha murni yang berteraskan jaminan kualiti ini akan mampu memartabatkan Pejabat Pendidikabn Daerah Seremban terus unggul dan menjadi kebanggaan bersama.
Mohd Sah bin Zainal Abidin
Pegawai Pendidikan Daerah Seremban
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Langgan:
Catatan (Atom)